No 3 Persiaran 8
Taman Hibiscus
GemerehFornia, 99000
SegamatBoulevard
Johoriot
17 Mei 2010
__________________________________________________
Kehadapan ayahanda dan bonda..
Anakanda berada sehat walafiat di sini..
Diharap ayahanda dan bonda berada sehat walafiat..
bagaimana kehidupan ayahanda dan bonda di Mekah?
Anakanda mendoakan semoga ayahanda dan bonda dapat menjalani
ibadah umrah dengan tawaduk dan khusuk..
semoga ibadah ayahanda dan bonda diredhai oleh Nya..
Di samping itu..anakanda berharap agar ayahanda dan bonda dapat mendoakan kejayaan anakanda
dan rakan2 seperjuangan yang lain untuk intersesi bagi sem ni..
pastu..
anakanda ingin memberitahu ayahanda dan bonda..
yang anakanda dah siram pokok bunge bonda..
walaupon bonda suruh siram 2X..tapi anakanda siram skali jee..
sebab ujan menjurai2 turun..alhamdulillah
kendian..
anakanda juga ingin memberitahu yang..
pada pukol 9.30 malam..anakanda akan memanggil sony
untuk masok dan beri dia makan..
anakanda juga tidak mendera ketiga2 ekoq tu sebagaimana
yang telah dipesan oleh bonda..
walaupun mereka mendera anakanda secara mentaliti dan fizikali dengan hasil2 air masin dan ketolan yang dihasilkan dari proses penghadaman mereka
pastu plak...
anakanda baru je lepas isi minyak kereta..
rm30..nanti nak claim sama ayahanda dan bonda ye..
kereta anakanda agak kemalasan nak basoh sebab ujan..
anakanda juga tak kua malam seperti yang dipesan oleh bonda..
jangan risau wahai bonda..
anakandamu ini akan mendengar titah dari bonda..
hari2 anakanda bangon mayang suboh seperti dipesan oleh bonda
walaupun subuh gajah..tapi anakanda tetap berusaha sedaya upaya juga..
walaupun katil melambai2 untuk mengajak beradu kembali
anakanda berusaha kuat untuk mengelak..
tetapi..
lambaian ke empokkan karpet depan tv telah melalaikan anakanda
untuk meratakan tulang belakang di atasnya...
waktu petang juga aktiviti anakanda seperti biasa
mengunjungi gym utk menyehatkan tuboh badan..
dan terus balik tanpa menyimpang mane2 lokasi panas yang
boleh menyebabkan anakanda terjebat dengan perkara laghrow
malam2..
anakanda akan mengunci pintu rumah dan sewaktu dengannya..
ayahanda dan bonda tak perlulah risau akan keselamatan anakanda..
doakan yang terbaek utk anakanda dan umat islam diseluruh dunia..
utk bil internet..
anakanda baru sahaja membayarnya tadi di TM point..
anakanda juga menggunakan duet sendiri sebab lupa nak keluarkan duit..
Last..
anakanda berdoa semoga ayahanda dan bonda akan pulang dengan selamat
untuk menemui anakanda tercinta di sini
salam sayang dari anakmu yang hensem
Mohd Nabil Eastkandar bin Mansor
No comments:
Post a Comment